Kerjaya kelab Pavel Nedvěd

Republik Czech

Nedvěd dilahirkan di Cheb dan membesar di sekitar kota Skalná. Nedvěd memulakan kerjaya bola sepaknya di negara asalnya, Czechoslovakia. Beliau bermain untuk kelab di kampung halamannya, Tatran Skalná pada 1977 semasa berusia lima tahun. Nedvěd berpindah ke Rudá Hvězda Cheb pada 1985 selama satu musim sebelum menghabiskan lima tahun di Škoda Plzeň.[2] Pada tahun 1990, Nedvěd dipinjam ke Dukla Prague, sebuah kelab yang dikendalikan oleh Tentera. Pada 28 Oktober 1991, Nedvěd bermain pada perlawanan pertamanya untuk Dukla Prague.[3] Selepas satu musim bersama Dukla pada 1991, beliau terus berpindah ke Sparta Prague dari Viktoria pada 1992.

Pada awal kariernya di Sparta, Nedvěd telah menerima tiga layangan kad merah pada enam perlawananya. Bersama Sparta, Nedvěd memenangi satu gelaran Liga Czechoslovakia, dua Gambrinus liga dan sebuah trofi Piala Czech. Pada tahun 1994, beliau menerima panggilan pertama oleh pasukan kebangsaan Republik Czech. Selepas aksi terbaiknya di Euro 1996, termasuk gol pada peringkat kumpulan menentang Itali, beliau telah menarik perhatian daripada beberapa kelab Eropah lain antaranya PSV Eindhoven. Nedvěd kemudian membuat perpindahan dari Sparta Prague ke kelab Itali, Lazio. Nedvěd menandatangani kontrak empat tahun dengan bayaran perpindahan sebanyak 1.2 juta lira Itali.

Lazio

Nedvěd membuat debut di Serie A untuk Lazio pada 7 September 1996 pada perlawanan menentang Bologna, Lazio menang 1-0. Beliau menjaringkan gol liga pertamanya ketika menentang Cagliari pada 20 Oktober 1996. Pada musim 1996-97, beliau menjaringkan tujuh gol. Pada musim berikutnya, sebanyak 24 perlawanan Lazio tanpa kalah bermula dari November 1997 sehingga April 1998 dan Nedvěd menamatkan aksi terakhir liga dengan dibuang padang ketika menentang Juventus.[4] Pada musim itu juga, Lazio menjulang trofi Coppa Italia dan melangkah ke perlawanan akhir Piala UEFA 1997-98.[5][6] Nedvěd memulakan musim 1998-99 bersama Lazio dengan menjuarai Supercoppa Italiana, Nedvěd menjaringkan gol pada perlawanan itu menentang Juventus, 2–1.[7] Beliau menjadi pemain utama Lazio pada kempen Piala Juara-Juara UEFA. Apabila Lazio layak ke perlawanan akhir Piala Juara-Juara UEFA, beliau menjaringkan gol kemenangan buat Lazio menentang Mallorca, Lazio menang 2–1.[8]

Nedvěd menjadi salah satu daripada sepuluh pemain termahal di Liga Itali pada 1999.[9] Beliau bermain pada Piala Super UEFA 1999 menentang Manchester United pada permulaan musim dan keputusannya Lazio menang hasil gol tunggal Marcelo Salas.[10] Pada tahun 2000, Nedvěd membantu Lazio membolot dua kejuaraan domestik Itali iaitu Serie A dan Coppa Italia.[11] Beliau memenangi Supercoppa Italiana bersama Lazio buat kali kedua pada tahun yang sama. Bersama Siniša Mihajlović, Nedvěd salah satu daripada dua pemain Lazio dibuang padang pada perlawanan suku akhir Coppa Italia edisi 2000 pada Disember dan tewas kepada juara bertahan, Udinese pada agregat 5-3.[12] Nedvěd bermain pada aksi Liga Juara-Juara Eropah bersama Lazio dan menjaringkan gol ketika menentang Real Madrid pada peringkat kumpulan, keputusan perlawanan terikat seri 2-2 sebelum juara Itali itu tersingkir. Pada perlawanan terakhir Liga Juara-Juara, Nedvěd dikritik oleh pengurus Leeds United, David O'Leary kerana membuat asakan ke atas Alan Maybury (walaupun pengadil tidak mengatakan ia faul)[13] lalu Nedvěd digantung tiga perlawanan Eropah.[14]

Walaupun Nedvěd menandantangani kontrak baru iaitu selama empat tahun bersama Lazio pada April 2001,[15] Lazio tetap cuba memnjual beliau dan Juan Sebastián Verón pada perpindahan musim panas. Ini menyebabkan peminat protes ke atas presiden Sergio Cragnotti.[16] Kedua-dua pemain itu kemudian akhirnya dijual ke Juventus dan Manchester United.

Juventus

Selepas menghabiskan lima musim bersama Lazio, Nedvěd ditimpa spekulasi kononnya beliau akan berpindah ke beberapa kelab (antaranya Manchester United dan Chelsea)[17][18] sebelum beliau membuat perpindahan ke Juventus sebanyak 41 juta euro pada 2001.[19] Di Juventus, beliau dianggap sebagai pengganti Zinedine Zidane, yang berpindah ke kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid pada perpindahan musim panas. Nedvěd sebahagian daripada pasukan scudetto untuk dua musim iaitu 2001-02 dan 2002-03. Pada musim 2003-04, beliau menjadi subjek konntroversi. Nedvěd mengambil langkah untuk keluar daripada Persatuan Pemain Bola Sepak Itali dan membuat protes ke atas persatuan itu oleh kerana membuat peraturan terhad ke atas pemain dari negara bukan ahli-EU. Sehingga 2004 iaitu tahun Republik Czech menyertai EU, barulah Nedvěd kembali semula. Beliau tidak dapat beraksi pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Milan kerana beliau menerima kad kuning kali kedua pada perlawanan separuh akhir kedua menentang Real Madrid. Beliau mengasari pemain Steve McManaman.[20] Tanpa beliau, Juventus tumpas ke tangan Milan berdasarkan penentuan penalti, 2-3.

Pada Disember 2003, Nedvěd diumumkan sebagai Pemain Terbaik Dunia oleh majalah World Soccer.[21] Sebulan selepas itu, beliau mendapat anugerah Pemain Terbaik Eropah selepas menewaskan Thierry Henry dan Paolo Maldini. Dengan anugerah ini, beliau menjadi pemain Czech kedua untuk menerima anugerah ini (selepas Josef Masopust pada 1962).[22] Nedvěd menerima anugerah Golden Ball 2004 oleh penulis sukan Czech. Anugerah Golden Ball ini kali kelima buat Nedvěd dalam masa tujuh tahun.[23]

Pada musim 2004–05, Nedvěd mengalami kecederaan lutut dan kepala lalu terpaksa dikeluarkan daripada skuad selama dua bulan[24] dan ingin mengumumkan persaraan pertamanya pada April 2005.[25] Walaupun Juventus memenangi Serie A dan pada 2006, gelaran juara itu dibatalkan dan diberikan kepada Internazionale oleh kerana Calciopoli. Selepas musim 2005-06, Juventus disingkirkan ke Serie B kerana hukuman calciopoli oleh Persatuan Bola Sepak Itali yang bekerjasama dengan UEFA. Ini menyebabkan bintang Juventus antaranya Fabio Cannavaro dan Lilian Thuram meninggalkan kelab Turin itu.[26] Selepas aksi Piala Dunia, Nedvěd menafikan khabar angin mengenai pemergiannya dan mengulangi hasratnya untuk membantu Juventus kembali semula ke Serie A.[27] Beliau digantung lima perlawanan selepas dilayangkan kad merah menentang Genoa pada Disember 2006[28] dan mengulangi semula hasratnya untuk bersara. Walau bagaimanapun, beliau tetap bersama kelab itu sehingga penghujung musim dan menjaringkan 11 gol di Serie B.

Pada musim 2007-08, Juventus kembali semula ke Serie A. For the 2007–08 season, Juventus again played in Serie A. Nedvěd bermain sebagai pilihan pertama sayap kiri dan menjaringkan dua gol. Pada November 2007, beliau sekali lagi membuat perkara kontroversi apabila melakukan takle ke atas pemain Internazionale, Luís Figo dan membuatkan pemain Portugal itu mengalami fibula.[29] Pada April 2008, Nedvěd dikejarkan ke hospital apabila berlanggar dengan Roberto Guana pada perlawanan menentang Palermo.

Nedvěd menjaringkan gol liga pertamanya untuk Juventus pada musim 2008-09 pada perlawanan seri 1-1 bertemu Fiorentina dan menjaringkan dua gol ketika menentang Bologna pada Oktober 2008, Juventus menang 2-1.[30] Pada 26 Februari 2009, Nedvěd mengumumkan bahawa beliau akan bersara pada penghujung musim 2008–09[31][32] supaya beliau boleh meluangkan banyak masa bersama keluarganya.[33] Pada 10 Mac 2009, Nedvěd terpaksa dikeluarkan akibat mengalami kecederaan pada minit ke-12 ketika perlawanan perlawanan kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara menentang Chelsea.[34] Juventus tewas kepada Chelsea, 3-2 pada agregat dan pada perlawanan itu juga perlawanan Eropah terakhir buat Nedvěd. Nedvěd mengetuai pasukannya pada perlawanan terakhirnya di Juventus menentang bekas kelabnya, Lazio. Beliau membuat hantaran kepada Vincenzo Iaquinta untuk menjaringkan gol dan Juventus menang 2-0.

Selepas bersara

Nedvěd pada perlawanan amal pada 2014.

Nedvěd sertai Maraton Prague pada 2010 dan menghabiskan maraton ini dengan masa 1:49:44.[35] Beliau berlari sejauh 42 kilometer untuk Maraton Prague pada 2012 dan dengan catatan masa 3:50:02. Nedvěd menjadi direktor sukan Juventus pada 27 Oktober 2012. Pada January 2013, Nedvěd digantung untuk menghadiri perlawanan Serie A selama tiga minggu selepas beliau mempertikaikan keputusan pengadil pada perlawanan menentang Sampdoria.[36]

Pada 23 Oktober 2015, Nedvěd dilantik menjadi naib presiden Juventus.[37]

Rujukan

WikiPedia: Pavel Nedvěd http://edition.cnn.com/2006/SPORT/football/12/05/i... http://www.euro2004.com/News/Kind=1/newsId=205742.... http://www.fifa.com/tournaments/archive/confederat... http://www.fifa.com/worldfootball/clubfootball/new... http://www.fifa.com/worldfootball/news/newsid=1064... http://www.footballdatabase.com/site/players/index... http://soccernet.espn.go.com/news/story/_/id/12922... http://www.goldenfoot.com/en/legends.html http://books.google.com/?id=7YVCwNJW1A8C&pg=PA36&d... http://www.google.com/hostednews/canadianpress/art...